Bank Keenam Terbesar Eropah Ini Sedia Tawarkan Perkhidmatan Perbankan Kripto!

926

Saban hari permintaan terhadap Bitcoin dan matawang kripto semakin menjadi pilihan. Sejak pelaburan besar-besaran Tesla ke dalam Bitcoin, matawang kripto ini telah menduduki carta ke 9 aset paling berharga di dunia, mengatasi syarikat Facebook dan Tesla.

Tindakan berani Tesla itu telah menjadi inspirasi kepada banyak syarikat dan malahan juga bank. Dalam salah satu laporan, Deutsche Bank merancang untuk menawarkan perkhidmatan yang berkenaan kripto dari isu penerbitan dan pengurusan dana pelaburan.

Bank tersebut menyatakan hasrat menawarkan perkhidmatan kripto untuk institusi dalam laporan yang diterbitkan oleh World Economic Forum pada bulan Disember 2020. Deutsche Bank merupakan bank ke-21 terbesar di dunia dan keenam terbesar di Eropah dengan $ 1.5 trilion aset.

Dalam laporan tersebut, dinyatakan bahawa untuk menjadi satu platform perlindungan aset digital akan ada 4 fasa. Fasa pertama adalah akan menumpukan pada penawaran perkhidmatan peyimpanan matawang kripto kepada pelabur institusi. Fasa Kedua pula ialah kepada perkhidmatan membeli dan menjual kripto melalui platform pertukaran dan broker. Fasa-fasa berikut adalah pada perkhidmatan perakaunan yang melibatkan cukai dan akhirnya kepada khidmat nasihat penerbitan kripto.

Deutsche Bank akan membantu pengguna dalam membuat pelaburan mereka. Platform ini dijangka akan menumpukan pada mempermudah pengalaman pelanggan. Bank tersebut turut mensasarkan penerbitan matawang kripto sendiri pada tahun 2021.

Akhir sekali, Deutsche Bank menekankan bahawa pihak mereka akan bekerjasama dengan broker utama, penerbit kripto dan platform pertukaran untuk menawarkan perkhidmatan perdagangan kepada pelanggan institusi. Bank tersebut turut bercadang memperkenalkan perkhidmatan tambah nilai seperti percukaian, perkhidmatan penilaian, dan pentadbiran dana, pemberian pinjaman dan platform perbankan terbuka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat