Bank Negara Mesir : Bank Negara Pertama Terlibat Dalam Blockchain!

703

Pada Selasa lalu, sebuah lagi institusi kewangan terbesar, Bank Negara Mesir telah menjalinkan kerjasama dengan firma pembayaran berasaskan blockchain, Ripple. Menurut sebuah laporan, kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian kerjasama untuk menubuhkan sebuah platform baru dalam transaksi kiriman wang.

Berikutan dengan perjanjian tersebut, bank negara tersebut menjadi bank negara pertama yang menceburi bidang blockchain!

Untuk pengetahuan semua, pasaran pengiriman global merujuk kepada penghantaran wang atau barangan oleh individu kepada ahli keluarga atau sesiapa sahaja di negara asal mereka. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, pasaran tersebut dijangka akan menjalankan transaksi sebanyak $597 bilion pada tahun ini.

Selain itu, Mesir menjadi negara yang paling banyak terlibat dengan transaksi itu di seluruh dunia diikuti oleh India, China, Mexico dan Filipina.

Seterusnya, dengan usahasama yang telah terjalin dengan RippleNet yang merangkumi lebih daripada 300 buah bank dan institusi antarabangsa, bank negara tersebut mampu untuk mengakses pasaran baru serta dapat mengembangkan perniagaan mereka khususnya di kawasan teluk.

Di samping menjamin platform pembayaran rentas sempadan yang pantas dan sistematik, Bank Negara Mesir berharap agar dapat memperluaskan lagi pangkalan pelanggan serta memberi jaminan  kepada para pengguna bahawa platform tersebut selamat dan sentiasa patuh kepada piawaian insurans antarabangsa.

Rentetan daripada perjanjian itu, token Ripple yang dikenali sebagai XRP didagangkan kira-kira $0.29, mencatatkan kenaikan sebanyak 6.15% pada hari yang sama serta mencecah hampir 11% pada minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat