Bank Of England (BoE) Akan Menurunkan Kadar Faedah Pada Hari Khamis? Ini Pandangan Penganalisis!

424

Bank Pusat England dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada hari Khamis. Para penganalisis menjangkakan Komuniti Penggubal Dasar Monetari (MPC) akan menangguhkan sebarang tindakan pengubahan dasar monetari sehingga akhir bulan Jun bagi menilai kesan tindakan pencegahan pandemik Covid-19.

Sejak penularan wabak Covid-19, bank pusat telah menurunkan kadar faedah sebanyak dua kali dan mengumumkan pakej rangsangan sebanyak £200 billion ($247.55 billion). Ini menjadikan program pembilan bon meningkat kepada £645 billion.

Pakej rangsangan tersebut antaranya bertujuan penyaluran dana langsung kepada syarikat-syarikat yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan saluran kewangan untuk sistem kewangan, termasuk pelonggaran syarat untuk pemberi pinjaman.

Walaubagaimanapun, bacaan PMI (indeks pembelian pengurus) berada pada tahap terendah dan penganalisis menjangkakan penurunan ekonomi yang paling buruk pernah terjadi akan dihadapi nanti. Atas dasar ini penganalisis menjangkakan MPC akan meningkatkan pakej rangsangan pada kali ini.

Pada harini, lebih daripada 196,000 kes positif telah disahkan di negara ini dengan lebih daripada 29,000 kematian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat