Bank Pusat Negara Ini Haramkan Kripto! Apakah Nasib Para Pelabur?

4,581

Baru-baru ini dilaporkan bahawa Bank Pusat Nigeria (CBN) telah mengeluarkan pengumuman larangan sebarang transaksi matawang kripto. CBN pada 5 Februari lepas mengeluarkan arahan, melarang institusi kewangan dari semua traksaksi kripto dan mengarahkan agar menutup semua akaun yang terlibat dengan matawang kripto.

Bank Pusat memberi amaran bahawa mana-mana institusi kewangan yang melanggar perintah akan berhadapan dengan sekatan dan denda dari CBN. Bukan itu sahja, CBN malah mengarahkan institusi kewangan menutup semua akaun yang memperdagangkan matawang kripto. Susulan dari arahan CBN, Binance telah menggatung akaun-akaun warga Nigeria di platform pertukaran daripada beroperasi.

Larangan kripto ini akan memberi kesan yang besar kepada para trader kripto yang sebahagian besar terdiri daripada golongan belia. Di Nigeria, kira-kira sehingga 40% daripada bilangan penduduk akan terkesan dengan berita tersebut.

Sebelum ini telah dilaporkan oleh Chainalysis yang mengeluarkan laporan 2020 Global Crypto Adoption Index, menyenaraikan 154 negara yang membudayakan penggunaan matawang kripto. Antara 10 negara teratas mencatatkan rekod aktiviti kripto yang tertinggi adalah Nigeria.

Tambahan pula, Nigeria pada tahun 2020 telah mencatat nilai transaksi sebanyak $400 dalam jual beli kripto. Jumlah dagangan Nigeria merangkumi peratusan besar dari jumlah keseluruhan dari Afrika.

Implimentasi langkah ini akan menyebabkan medium pertukaran seperti Luno yang bergantung pada perincian bank pengguna dalam melakukan transaksi di platform akan terkena impak tersebut. Ini akan menyebabkan dana pengguna terperangkap dalam pertukaran matawang tersebut sehinggalah larangan tersebut di tarik balik.

Langkah ini telah menimbulkan ketegangan dalam pengguna kripto. Ada di antara mereka yang menganjurkan untuk memindahkan kripto ke Ghana dan ada yang menyarankan untuk tunjuk perasaan.

Ketika penulisan, Bitcoin didagangkan pada $39,255.53, naik 0.55% dalam tempoh 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat