Berdasarkan laporan oleh bank pusat New Zealand pada hari Khamis, bank pusat menyatakan akan menambah rangsangan fiskal iaitu dengan meningkat perbelanjaan kerajaan atau mengurangkan cukai. Hal ini agar inflasi dapat bertumbuh dengan cepat dan meningkatkan kadar faedah, akhirnya akan mengukuhkan kembali nilai matawang.
Bank pusat New Zealand iaitu Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) membuat keputusan untuk mengekalkan kadar faedah pada kadar 1.75% seperti jangkaan. Menurut RBNZ, polisi yang diusulkan oleh parti kerajaan baru tersebut dapat menjana pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang.
RBNZ menyatakan, dengan peralihan kerajaan baru dan perubahan perlaksanaan polisi fiskal dan polisi ekonomi, bank pusat berkemungkinan akan menambah rangsangan ke dalam ekonomi.
Selain itu, RBNZ juga menyatakan bahawa bank pusat berkemungkinan akan meningkatkan kadar faedah pada suku tahun kedua 2019.
Menurut gabenor RBNZ Grant Spencer, impak polisi parti kerajaan baru belum dapat dipastikan buat masa sekarang.
Perdana Menteri baru Jacinda Adern telah mengusulkan beberapa polisi baru sepeti pelan pembinaan rumah, akta imigrasi dan peningkatan upah minimum.
Spencer juga memberi komentar bahawa proses pemilihan gabenor bank pusat baru berjalan dengan baik bagi bulan Mac tahun hadapan.
Matawang New Zealand menyusut 0.10% kepada 0.6959 berbanding U.S dolar setakat jam 11.55 pagi.