Bank Pusat Rusia Haramkan Miners Jual Kripto!

142

Menyampah rakyat kalau bank pusat Rusia buat macam ni.”

Seperti menyekat kebebasan sambil menerapkan ke dalam sistem, bank pusat Rusia merancang untuk tidak membenarkan pelombong (miners) tempatan menjual sebarang mata wang kripto kepada rakyatnya.

Walaupun mereka menyokong idea untuk membenarkan mining kripto di Rusia sebagai sebahagian daripada draf rang undang-undang yang telah diperkenalkan pada pertengahan November, namun para miners hanya boleh menjual kripto kepada bukan penduduk Rusia.

Bank pusat Rusia hanya memberi kelulusan kepada miners untuk menjual kripto pada pertukaran asing ataupun bukan pemastautin Rusia kerana mereka yakin aset digital tersebut mampu dijual secara eksklusif.

Namun, miners di Rusia masih berfikiran skeptik kerana kebanyakan bursa kripto asing melarang rakyat negara tersebut daripada menggunakan platformnya berikutan mematuhi sekatan ke atas perang Rusia di Ukraine.

Dicadangkan bahawa miners yang berhasrat menjual kripto di Rusia haruslah menjalankan operasi melalui “authorized organization”, ulas bank pusat Rusia selepas Kementerian Kewangan Rusia menentang usulnya memperkenalkan pelesenan ketat operasi mining kripto.

Berbalik semula kepada penerangan draf rang undang-undang sebelum ini, versi asalnya sepatutnya tidak melarang penjualan kripto mining kepada penduduk Rusia.

Sebaliknya, rang undang-undang tersebut mengharamkan miners menjual sebarang kripto selain di pertukaran asing atau platform disokong kerajaan yang sedang dibangunkan dalam undang-undang percubaan kripto.

Dalam pada itu, Rusia masih tidak mempunyai rangka kerja kripto jelas susulan terdapat perdebatan sengit antara bank pusat Rusia yang anti-kripto dengan Kementerian Kewangan yang lebih mesra kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat