Bank Pusat Utama Global Bergabung Buat Kejutan! Apa Reaksi USD?

958

Menghiasi pembukaan dagangan awal minggu adalah berita mengenai penggabungan bank-bank pusat utama global untuk mengekang krisis perbankan daripada merebak lebih luas.

Awal pagi ini, Federal Reserve (Fed), Bank of England (BOE), Bank Pusat Eropah (ECB), Bank of Japan (BOJ), Bank of Canada (BOC) dan Swiss National Bank (SNB) telah mengeluarkan kenyataan bersama.

Fed mengatakan ia telah bersepakat dengan bank-bank pusat tersebut dalam tindakan yang diselaraskan untuk meningkatkan aliran US dolar melalui sistem kewangan global dengan tujuan mengekalkan aliran kredit kepada isi rumah dan perniagaan.

Sementara itu, ECB pula berjanji untuk menyokong bank-bank di Zon Eropah dengan pinjaman jika perlu, selain turut menambah bahawa penyelamat Credit Suisse dalam ‘instrumental’ untuk memulihkan pasaran.

Dalam perkembangan terbaru, UBS dilaporkan akan membeli Credit Suisse dengan nilai $3.23 bilion, di mana bank pelaburan gergasi Switzerland itu menanggung kerugian sehingga $5.4 bilion susulan pembelian tersebut.

Reaksi mata wang susulan berita tersebut setakat ini tidak menunjukkan perubahan ketara, melihatkan indeks dolar kekal didagangkan rendah sekitar 103.85 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Menjadi perhatian utama pelabur minggu ini adalah mesyuarat polisi FOMC yang bakal berlangsung pada awal pagi Khamis, di mana Fed dijangka akan menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas.

Sementara mata wang pound dan euro pula terus didagangkan lebih tinggi berbanding US dolar, dengan fokus pelabur turut terarah pada data inflasi UK, mesyuarat polisi BOE dan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Eropah pada minggu ini.

Dolar Aussie dan New Zealand pula sedikit tergelincir susulan laporan tersebut, tetapi kekal diniagakan pada sekitar paras tertinggi berbanding US dolar ketika sesi Asia.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat