“Bagusnya Avalanche, sentiasa lakukan perkara yang bermanfaat.”
Yayasan Avalanche semalam mengorak langkah baharu dengan mengumumkan inisiatif $50 juta digelar Avalanche Vista sebagai sebahagian daripada matlamatnya untuk membeli aset digital yang minted pada blockchain mereka.
Susulan Projek Avalanche Vista juga bertujuan untuk mempromosikan tokenisasi, ia akan mempertimbangkan aset merentasi spektrum kecairan luas seperti kredit, ekuiti, hartanah, komoditi dan lain-lain.
Selain ingin wujudkan sistem kewangan lebih mudah diakses, cekap dan jimat kos, inisiatif itu turut dapat menunjukkan bagaimana teknologi blockchain dapat laksanakan pengeluaran aset, penyelesaian dan pentadbiran.
Menerusi inisiatif baharu itu, Avalanche mahu membuka kunci akses kepada pelaburan pasaran swasta yang telah menjadi cabaran utama sejak sekian lama.
Hal ini kerana pelaburan pasaran swasta bukan sahaja dihadkan kepada pelabur insitusi dan individu kaya disebabkan kos operasi malah pelabur kecil juga susulan memerlukan manual dan proses mahal dalam panggilan modal mahupun ketersediaan data.
Jadi di sini dapat dilihat bahawa penggunaan pengeluaran dan pentadbiran aset on-chain bersama-sama tokenisasi mampu meningkatkan proses termasuk pengalaman untuk pengeluar serta pelabur aset.
Selama sedekad lagi, pasaran kewangan dijangka bakal bergerak ke arah pendigitalan sekuriti tradisional sementara saiz pasaran sekuriti token pula akan meningkat sebanyak $20 trilion menjelang akhir tahun 2030.
Setakat penulisan ini, harga Avalanche (AVAX) melonjak sebanyak 1.02% pada paras $13.27 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $4 bilion tetapi masih mencatatkan penurunan 4.84% sepanjang minggu lepas.