Baru Untung, Rugi Balik Saham Ini!

567

Transocean Holdings Bhd menjadi kaunter paling rugi dalam sesi dagangan awal pagi ini selepas sahamnya mencapai paras tertinggi pada RM4.80 pada Rabu lalu.

Pada pukul 9.36 pagi, kaunter itu susut 59 sen atau 14.79% kepada RM3.40 berikutan aktiviti pengambilan untung, menjadikan permodalan pasaran firma terbabit bernilai RM179.94 juta.

Transocean diniagakan dengan 490,700 saham bertukar tangan.

Saham firma tersebut susut selepas mengumumkan akan membeli 40% kepentingan dalam syarikat kejuruteraan perisian, Enfrasys Solutions Sdn Bhd bernilai RM20 juta pada 14 April lalu.

Enfrasys adalah salah satu syarikat yang dilantik untuk menjadi penyedia perkhidmatan terurus (MSP) untuk bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan awan (CSP) bagi menguruskan perkhidmatannya untuk sektor awam, di bawah Pelan Pembangunan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 19 Februari lalu.

Menurut pelan tindakan itu, empat CSP iaitu Microsoft, Amazon, Google dan Telekom Malaysia Bhd dijangka melabur antara RM12 hingga RM15 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang untuk membina serta menguruskan pusat data dan perkhidmatan awan berskala besar di negara ini.

Perkhidmatan awan itu kemudiannya akan ditawarkan kepada kementerian dan agensi awam melalui MSP. Walau bagaimanapun, MSP dan CSP mesti membida untuk projek daripada setiap kementerian dan agensi awam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat