Beli NFT Guna Mata Wang Fiat, Neon Lancarkan ATM Untuk NFT Solana!

326

Buat pertama kalinya, platform non-fungible token (NFT) Solana, Neon lancarkan mesin layan diri (vending machine) di Manhattan.

Ini merupakan sesuatu yang baru kerana peminat boleh dapatkan NFT berasaskan rangkaian Solana menggunakan mata wang fiat sahaja.

Yep. Tidak menggunakan mata wang kripto.

Sebenarnya pelancaran mesin tersebut sudah berlaku pada Disember untuk tempoh operasi yang terhad. Tetapi sekarang ia dibuka 24 jam setiap hari di 29 John St.

Melalui konsep ini, sudah semestinya untuk dapatkan NFT semudah membeli ā€˜air gedegangā€™ dan ia menawarkan pelbagai cara menyokong penghasil seni digital.

Pembeli yang berminat untuk dapatkan NFT di mesin layan diri itu boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit: Mastercard atau Visa, Samsung Pay, dan Apple Pay.

Kemudian, mereka boleh menggunakan kamera telefon mudah alih untuk imbas kod QR dan tuntut NFT tersebut dalam talian.

Mungkin sedikit leceh tetapi sekurang-kurangnya pembeli (terutama golongan amatur) sudah dapat mengelak daripada kos gas untuk NFT berasaskan Ethereum atau berdepan dengan kekeliruan penukaran aset kripto wrapped.

Mereka juga tidak perlu memindahkan aset kripto dari platform pertukaran kripto kepada wallet digital dan kemudian hubungkan wallet tersebut ke platform NFT.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai groupĀ telegram INTRADAY.NFT.Ā Klik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat