Belum Sempat Kena Penjara Di UK, Meta Disaman Pengawal Selia Australia Pula

436

‘Nak buat duit punya pasal tutup sebelah mata, tapi bila dah kantoi buat-buat jadi mangsa pulak.’

Pengawal selia Australia memfailkan saman terhadap Facebook milik Meta Platform atas tuduhan bahawa gergasi media sosial tersebut gagal menghalang penipu (scammer) daripada menggunakan platformnya untuk mempromosi iklan palsu.

Menurut Australian Competition & Consumer Commission (ACCC), iklan palsu tersebut menggunakan platfrom Facebook untuk mempromosi pelaburan kripto dan skim menjana wang yang mengelirukan, selain turut menggunakan imej pemimpin perniagaan, pengacara TV dan ahli politik Australia.

Dalam pemfailan saman tersebut, Facebook dituduh membantu, bersubahat atau menyedari berkenaan kewujudan iklan palsu dan mengelirukan tersebut.

Pengerusi ACCC, Rod Sims mengeluarkan kenyataan memanggil pihak Meta untuk bertanggungjawab terhadap tindakannya yang membenarkan iklan palsu tersebut berlegar-legar di plaftorm Facebook.

Jurucakap Meta dalam responnya berkata mereka akan meneliti pemfailan ACCC dan akan mempertahankan diri terhadap pertuduhan tersebut.

Hujarnya, Meta akan bekerjasama dengan ACCC dalam menyelesaikan masalah tersebut, selain turut menyatakan bahawa polisi teknologi milik syarikat sudah mengesan dan menghalang sebarang bentuk iklan yang menipu dan mengelirukan pengguna.

Sebagai makluman, Sims mengatakan iklan tersebut telah berjaya penipu pengguna sebanyak US$ 480,000.

Kebiasaannya, Australian Securities and Investments Commission (ASIC) akan mengendalikan kes melibatkan penipuan kewangan terhadap syarikat-syarikat namun dalam kes ini, ACCC diberi kuasa sementara untuk memfailkan saman.

Menyusuri rekod, ini bukan kali pertama Facebook berdepan masalah yang sama.

Pada bulan lalu pengerusi Fortescue Metals Group, Anfrew Forrest, telah melancarkan pendakwaan mahkamah terhadap Facebook ekoran isu iklan palsu melibatkan kripto.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat