Benarkan Kadar Hutang Yang Tinggi Di Zon Euro Punca ECB Meneruskan Program Ini?

70

Penggubal dasar ECB, Jens Weidmann berkata dalam satu temu bual dengan akhbar Jerman, Bank Pusat Eropah tidak akan mengakhiri program pembelian assetnya secara tiba-tiba.

Dalam komen yang disiarkan oleh akhbar itu sebelum ini, Weidmann mengulangi kritikannya terhadap program pembelian asset oleh ECB dan melihat isu ini sebagai satu isu yang “amat kritikal”.

Menurut Weidmann lagi, kadar faedah yang rendah mungkin akan berada pada tahap yang rendah dalam tempoh yang lama, sekali gus memberi tekanan hebat buat dasar monetari di Zon tersebut memandangkan nilai hutang buat beberapa negara di wilayah itu masih berada pada tahap yang agak tinggi.

Justeru, beliau berdapat bahawa Majlis Pentadbir ECB tidak mungkin menghentikan program ini secara tiba-tiba.

Komoditi Kuning Menambah Kekuatan Dalam Sesi Eropah!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat