Bencana Alam Di Timur Tengah, Harga Minyak Naik Semasa Penutupan Dagangan Asia

43

Harga minyak naik sebelum penutupan pasaran Asia berikutan kerosakan saluan minyak di Timur Tengah dan kerosakan infrastruktur minyak akibat gempa bumi yang berlaku di sekitar kawasan Iran dan Iraq pada hari Isnin.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember meningkat sebanyak 0.11% kepada $57.80 setakat jam 02.30 petang. Harga semasa kini bergerak di atas paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London kini berada di sekitar $63.56 setong iaitu meningkat sebanyak 0.06% setakat jam 02.30 petang. Harga ini masih menghampiri bacaan harga tertinggi 2 setengah tahun lalu iaitu pada $64.65 setong.

Peningkatan harga ini adalah disebabkan ledakan saluran minyak antara Saudi ke Bahrain, ditambah pula dengan gempa bumi berlaku di Iraq dan Iran yang menyebabkan kerosakan infrastruktur minyak.

Terkini, pasaran memberi tumpuan pada laporan bulanan oleh Organisasi Negera Pengeksport Petroleum (OPEC) dan laporan Agensi Tenaga Global bagi melihat paras permintaan dan penawaran minyak.

Baker Hughes melaporkan aktiviti penggalian minyak meningkat kepada paras 738 pada minggu lepas di sertai kebimbangan pasaran bahawa pengeluar minyak U.S akan meningkatkan pengeluaran.

Peningkatan harga minyak yang bermula pada awal bulan Oktober didorong oleh usaha OPEC bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain yang telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari (bdp) sejak Januari lalu dan bakal tamat pada Mac 2018. Mereka dijangka akan melanjutkan lagi tempoh perjanjian sehingga akhir tahun depan. Pasaran menjangkakan pasaran minyak dunia akan mula stabil.

OPEC dijangkan akan bermesyuarat di Vienna,Austria pada 30 November ini dan akan melanjutkan perjanjian pemotongan pengeluaran minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat