Berita Baik Dari ECB, Euro Meroket!

416

Kenyataan daripada penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah yang lebih cepat telah memacu lonjakan mata wang euro pada pembukaan sesi Eropah.

Naib Pengerusi ECB, Luis de Guindos mengatakan bahawa bank pusat itu sepatutnya boleh menghentikan pembelian aset pada bulan Julai untuk membuka jalan kepada kenaikan kadar faedah seawal bulan itu.

Tambahnya lagi, sebarang keputusan akan bergantung kepada ramalan ekonomi ECB pada mesyuarat seterusnya pada bulan Jun walaupun sudah jelas bahawa inflasi yang semakin tinggi menunjukkan mereka perlu bertindak secepatnya.

Walaupun begitu, beliau menolak kemungkinan bahawa kemelesetan dan stagflasi akan berlaku di Zon Eropah.

Kenyataan de Guindos dibuat selepas penggubal dasar Martin Kazaks turut menyatakan pandangannya bahawa kenaikan kadar adalah wajar secepatnya pada Julai, di mana ECB tidak perlu menunggu pertumbuhan upah lebih kuat untuk bertindak.

Euro melonjak 0.5% pada awal sesi untuk didagangkan di atas paras harga 1.0900 berbanding US dolar susulan kenyataan itu. Pelabur kini melihat 75% kemungkinan bahawa ECB akan menaikkan kadar pada Julai.

Mata wang euro telah susut parah ke paras terendah tahunan berikutan pendirian ECB yang masih ‘berdolak-dalih’ untuk melaksanakan pengetatan dalam dasar monetarinya lebih-lebih lagi selepas perang Ukraine dan Rusia mencetuskan ketidakpastian baharu terhadap ekonomi di blok itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat