Berita Baik Untuk Pelabur Kripto – Senat Luluskan Pencalonan Gary Gensler Sebagai Pengerusi SEC!

1,353

Joe Biden sebelum ini dilaporkan telah membuat keputusan untuk mencalonkan Gary Gensler bagi menggantikan pengerusi SEC terdahulu, Jay Clayton yang meletak jawatan pada Disember 2020.

Gensler pernah berkhidmat sebagai pengerusi Commodity Futures Trading Commission (CFTC) sepanjang pentadbiran Barrack Obama yang mana pada ketika itu dia bertanggungjawab menguatkuasakan banyak peruntukan baru Akta Dodd-Frank bagi krisis kewangan 2008. Selain itu beliau juga pernah berkhidmat sebagai tenaga pengajar di MIT bagi subjek aset digital dan blockchain.

Ini bermakna jika tercalon Gensler merupakan individu yang memiliki kepakaran kripto yang akan mengetuai SEC dan sekaligus meningkatkan mood pasaran kripto.

Pengumuman rasmi terbaru menyatakan bahawa pungutan undian Jawatankuasa Senat cenderung untuk memilih Gensler dengan undian 14-10.Pada Januari 2021, Presiden AS Joe Biden mencalonkan Gensler untuk memimpin SEC, susulan itu pasaran kripto melonjak hampir 3%.

Gensler terkenal dengan sikap ‘ramah’ terhadap aset kripto. Harga bitcoin telah mencecah mencecah $ 57,000 dan jumlah pasaran BTC melepasi $ 1.05 trilion.

Komuniti kripto berharap pelantikan Gensler akan bermanfaat bagi keseluruhan ekosistem di AS kerana pemikirannya yang inovatif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat