Berjaya Food Rugi RM42.58 Juta, Boikot Rakyat Malaysia Beri Impak Besar

1,947

Saham Berjaya Food Bhd (BFood) jatuh sebanyak 5.3% pada hari ini (Khamis) dan menenggelamkan keuntungan bulan ini.

Penganalisis memberi amaran yang berkemungkinan berlakunya tekanan secara berterusan selama beberapa bulan berikutan keputusan suku kedua yang lebih lemah daripada jangkaan.

Kaunter saham mereka susut kepada 54 sen iaitu paras terendah sejak 5 Februari dalam dagangan pagi tadi. Ia didagangkan pada 55 sen pada 9.30 pagi selepas lebih 4.1 juta saham bertukar tangan. FBM KLCI pula turun 0.2% sejak pembukaan.

BFood kini berada dalam kesukaran di saat berlakunya kesan boikot berterusan terhadap francais Starbucks yang menyumbang kira-kira 90% daripada hasilnya. Penganalisis menggalakkan para pelabur untuk ‘sell’ bagi mengambil keuntungan.

Starbucks bersama beberapa jenama global lain seperti McDonald’s sedang menghadapi musim boikot yang kuat kerana hubungan mereka dengan Israel di tengah-tengah konflik yang berterusan di Gaza.

Bfood telah kehilangan kira-kira 25% daripada nilai pasarannya di Bursa Malaysia apabila Israel meningkatkan serangan mautnya di Palestin berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober lepas.

Syarikat penyelidikan itu juga menyatakan bahawa BFood akan menghadapi masa yang sukar walaupun usaha kawalan kos disebabkan oleh seretan pertukaran asing. 55% daripada kos minuman yang dibeli daripada utama Starbucks International didominasi dalam dolar AS.

BFood melaporkan mereka alami kerugian bersih RM42.58 juta bagi suku kedua berakhir 31 Dis 2023 dan menjadikan jumlah kerugian terkumpul enam bulan kepada RM23.55 juta, berbanding keuntungan bersih RM70.19 juta bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat