Bernie Sanders Didakwa Akan Rosakkan Ekonomi Amerika Syarikat!

619

Bekas ketua Goldman Sachs, Lloyd Blankfein dan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Steven Mnuchin berpendapat bahawa calon presiden demokratik, Bernie Sanders akan memusnahkan ekonomi Amerika Syarikat jika kemenangan berpihak kepadanya.

Lloyd Blankfein merupakan pengerusi bank Wall Street yang dikenali sebagai Goldman Sachs ketika semasa kewangan berlaku, melontarkan kritikannya tentang Bernie Sanders ketika senator Amerika Syarikat dari Vermont itu memimpin New Hampshire pada malam Selasa.

Berdasarkan penulisan Lloyd, beliau menegaskan bahawa senator berkenaan akan merosakkan ekonomi serta tidak akan mempedulikan tentang aspek ketenteraan Amerika Syarikat. Tambahan daripada itu, beliau mempersoalkan tindakan Rusia yang menyokong pemimpin tersebut.

Berikutan dengan kenyataan daripada Lloyd Blankfein, Steven Mnunchin turut menyatakan persetujuan beliau tentang kritikan yang dikeluarkan.

Sementara itu, Bernie Sanders mengeluarkan kenyataan bahawa jutawan eksekutif di Wall Street tidak menyukainya serta beliau terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Lloyd Blankfein.

Untuk pengetahuan semua, Bernie dan pesaing demokratik, Senator Elizabeth Warren telah membuat persiapan untuk memperjuangkan isu ketidaksamarataan dalam kekayaan negara sebagai fokus utama kempen presiden mereka.

Rentetan daripada itu, Lloyd mengkritik cadangan ‘wealth tax’ yang dikemukakan oleh Bernie dan Elizabeth. Menurutnya, dasar tersebut tidak mungkin akan dilaksanakan kerana ia memerlukan penilaian tahunan tentang jumlah harta pusaka individu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat