Bersedia Semua! Token SUI Dah Nak Keluar!

1,281

“Mesti ramai pelabur tak tahu, ye la token SUI ni macam baru nak dikenali.”

Pengeluaran mata wang kripto SUI yang paling ditunggu-tunggu oleh para pelabur akhirnya bakal berlaku sebaik sahaja mainnet* disiarkan secara langsung pada 3 Mei semasa bursa aset digital Bybit, OKX dan Kucoin membuat jualan token.

*Protokol blockchain dibangunkan dan digunakan sepenuhnya.

Setiap bursa berikut akan menawarkan 255 juta SUI dengan harga $0.10 setiap satu dan setiap pengguna hanya dibenarkan beli 10,000 aset digital tersebut, tetapi penduduk di Amerika Syarikat (AS) dilarang sama sekali mengambil bahagian.

Secara konteks, blockchain Sui yang diasaskan oleh bekas pekerja Meta Platforms (META) telah mengaplikasikan bahasa pengaturcaraan (programming language) digelar Move, iaitu bahasa di sebalik blockchain Aptos (APT).

Tidak seperti SUI, APT telah mengeluarkan token mereka dalam bentuk airdrop kepada para pengguna yang berinteraksi dengan pelbagai testnet**.

**Blockchain yang dicipta khusus untuk pembangun menguji ciri baharu.

Rentetan itu, pelabur SUI didapati meluahkan kekewaannya dalam platform media sosial Twitter walaupun pasukannya beberapa kali memberitahu bahawa mereka tidak rancang untuk mengeluarkan airdrop.

Salah satu projek yang akan disiarkan secara langsung di mainnet SUI adalah Suiswap, iaitu bursa decentralized dan protokol staking liquidity sama seperti Uniswap (UNI) pada Ethereum (ETH).

Suka dimaklumkan pembangun Sui Network, Mysten Labs telah memeterai perjanjian bersama Alibaba Cloud pada bulan lepas untuk menawarkan perkhidmatan nod dan infrastruktur awan bagi meningkatkan pengalaman pengguna.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat