Betul Ke EUR/USD Dah Penat Mendaki Dan Bakal Turun Semula?

460

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada sesi Asia di pembukaan pasaran minggu ini dilihat bergelut untuk melepasi paras 1.19000.

US dolar yang mengukuh pada sesi Asia dilihat menekan semula harga untuk memberi isyarat awal trend bearish pada minggu ini.

Pengukuhan US dolar dilihat adalah daripada momentum di penghujung minggu lalu selepas terbitan data indeks harga pengeluar AS dengan angka bacaan meningkat ke paras tertinggi hampir 10 tahun.

Indeks PPI meningkat dilihat akan turut mendorong peningkatan kadar inflasi AS dengan data indeks harga pengguna bakal diterbitkan pada minggu ini.

Sementara beberapa data ekonomi Eropah yang akan diterbitkan pada minggu ini akan dipantau pelabur sama ada mampu untuk menyokong pengukuhan mata wang Euro atau sebaliknya.

Perkembangan Brexit juga kembali menjadi tumpuan semula selepas laporan awal media berkenaan persetujuan UK dan Kesatuan Eropah (EU) dalam perjanjian perdagangannya melibatkan isu Ireland Utara.

Perkembangan positif Brexit bakal merangsangkan semula dagangan mata wang Eropah dalam pasaran dan pelabur akan menjangkakan pengukuhan berterusan Euro berbanding US dolar bersambung pada minggu ini.

Jika US dolar pamerkan pengukuhan pada minggu ini, harga pada carta EUR/USD bakal membuat penurunan semula dijangka menuju zon RBS (resistance become support) 1.18000.

Penurunan lebih rendah bakal mencecah semula ke zon support pada 1.17000 yang diuji pada penghujung Mac lalu.

Namun, sekiranya harga berjaya menyambung siri kenaikan pada minggu lalu, sasaran kenaikan harga dilihat pada zon resistance 1.20000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat