Betul Ke Setakat Ni Je GOLD Mampu Naik?

897

Meneliti pergerakan harga emas dalam pasaran pada carta harga XAU/USD, peningkatan harga dilihat pada awal minggu selepas kenaikan bermula dari paras sokongan $1850.00.

Kenaikan harga diteruskan pada dagangan semalam sebelum harga menutup dagangan sesi New York hampir ke paras tumpuan pada 1900.00.

Namun menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini, harga kembali paparkan penurunan semula dari paras 1900.00 yang dilihat sebagai zon SBR (support become resistance).

Penurunan harga tersebut dilihat adalah didorong oleh pengukuhan semula US dolar selepas berakhirnya debat pertama di antara Donald Trump dan Joe Biden.

Ketika acara debat berlangsung, pasaran tidak memberikan sebarang reaksi namun US dolar mula paparkan pengukuhan semula selepas acara berakhir.

Harga pada carta XAU/USD dilihat turun dan akan menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga.

Jika harga turun lebih rendah dari paras tersebut, penurunan dijangkakan akan kembali semula ke paras support 1850.00

Penurunan selanjutnya dijangkakan akan menuju paras sokongan tumpuan pada 1800.00 selepas harga emas melepasi paras tersebut pada dagangan Julai lalu.

Sebaliknya jika harga berjaya meneruskan siri kenaikan harga dari awal minggu ini, harga bakal melepasi semula paras 1900.00.

Kenaikan seterusnya dijangkakan akan ke paras sekitar 1938.00 iaitu pada zon SBR (support become resistance) sebelum ke paras tumpuan 1950.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat