Biar Betul! Boris Johnson Nak Letak Jawatan PM UK?

518

Adakah Boris Johnson merancang untuk bersara sebagai Perdana Menteri UK dalam tempoh enam bulan lagi?

Inilah persoalan yang timbul setelah media tempatan UK melaporkan perkara tersebut yang memetik kenyataan daripada bapa mertua Ketua Penasihat Boris Johnson, Dominic Cummings.

Times of London melaporkan perbualan antara Humphry Wakefield, dan seorang wanita bernama Anna Silverman minggu lalu di mana beliau dikatakan telah memberitahunya bahawa PM Johnson akan mengundurkan diri awal tahun depan berikutan kesan daripada rawatan Covid-19 yang dialaminya.

Namun begitu, sumber Downing Street UK dengan tegas menyangkal dakwaan tersebut selain turut menyifatkan kenyataan tersebut sebagai ‘omong kosong’.

Persoalan mengenai tahap kesihatan Johnson telah berlanjutan sejak beliau dimasukkan ke hospital dan menjalani rawatan insentif di Hospital St Thomas London selama lima hari setelah disahkan dijangkiti wabak coronavirus.

Kepincangan pentadbiran Johnson dalam mengendalikan krisis coronavirus telah menyebabkan beberapa anggota Parti Konservatifnya berspekulasi bahawa beliau akan mengundurkan diri sebelum pilihan raya berikutnya yang dijadualkan pada tahun 2024.

Walau bagaimanapun, spekulasi tersebut dinafikan sekerasnya oleh Downing Street UK.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat