Biar Betul! China Bakal Cantas US Sebagai Ekonomi Terbesar Dunia?

288

China akan mengatasi Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar di dunia lebih cepat daripada yang dijangkakan sebelum ini kerana berjaya mengendalikan krisis pandemik coronavirus lebih baik dari negara Barat, menurut sebuah laporan.

Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Perniagaan (CEBR) mengatakan bahawa ia kini menjangkakan nilai ekonomi China apabila diukur dalam dolar akan melebihi AS pada tahun 2028, lima tahun lebih cepat daripada yang dijangkakan tahun lalu.

Dalam laporan tahunannya mengenai prospek pertumbuhan 193 negara, agensi yang berpangkalan di UK itu mengatakan China telah bangkit dengan cepat dari kesan Covid-19 dan ekonomi akan berkembang sebanyak 2% pada tahun 2020.

CEBR mengatakan pengurusan pandemik yang cepat oleh China dengan penutupan awal yang ketat, dan pertumbuhan jangka panjang yang terjejas di negara Barat, bererti prestasi ekonomi relatif China telah meningkat.

Berikutan AS dijangka menguncup sebanyak 5% pada tahun ini, China akan merapatkan jurang dengan pesaing terbesarnya, kata CEBR.

Secara keseluruhan, keluaran dalam negara kasar (KDNK) diramalkan akan menurun 4.4% tahun ini, iaitu kejatuhan satu tahun terbesar sejak perang dunia kedua.

Walaupun Amerika cenderung untuk mengalami pemulihan pasca pandemik yang kuat pada tahun 2021, namun pertumbuhannya dijangka perlahan hingga 1.9% setahun antra 2022 dan 2024, dan kemudian menjadi 1.6% selepas itu.

Presiden China Xi Jinping pada bulan lalu telah memberitahu bahawa ekonominya diramalkan meningkat dua kali ganda pada tahun 2035 di bawah Rancangan Lima Tahun pemerintahannya yang bertujuan untuk mencapai ‘sosialisme moden’ dalam tempoh 15 tahun.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat