Biar Betul, Malaysia Tembusi Ranking Top 50 Kebebasan Ekonomi Dunia!

3,064

‘Ranking naik tapi ramalan masa depan turun teruk macam mana eh?’

Berdasarkan laporan tahunan Economic Freedom of the Word 2022, Malaysia memperlihatkan lonjakan 3 anak tangga untuk memasuki ranking 50 teratas.

Menurut data yang dikeluarkan bersama Center for Market Education dan Fraser Institute Canada, kedudukan Malaysia dalam senarai kebebasan berekonomi global naik dari 52 semasa 2019 kepada 49 pada 2020.

Sungguhpun begitu, kebebasan berekonomi Malaysia dijangka merosot ekoran pengetatan sekatan (lockdown) dan peningkatan kawalan kerajaan dalam perundingan.

Ulas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Center for Market Education, Carmelo Ferlito, Malaysia dijangka alami kemerosotan pada masa depan dengan pengurangan akses kewangan stabil, sekatan perdagangan antarabangsa dan peraturan kredit baru.

Namun, secara keseluruhannya kebebasan berekonomi seluruh dunia dilihat merosot mulai 2020 ekoran lockdown berkaitan virus Covid-19.

Ulas Fred McMahon dari Fraser Institute, tatkala pihak berkuasa kerajaan menaikkan cukai dan peraturan maka rakyat jadi kurang bebas dari segi ekonomi yang membawa pertumbuhan perlahan dan kekurangan pelaburan.

Jelas McMahon, mereka yang tinggal di negara dengan paras kebebasan berekonomi tinggi mencapai kemakmuran lebih besar, lebih banyak kebebasan politik dan sivil serta alami kehidupan lebih panjang.

Bercakap mengenai kebebasan berekonomi, laporan tersebut mengukur keupayaan individu membuat keputusan ekonomi dengan menganalisis peraturan, saiz kerajaan, hak harta, perbelanjaan kerajaan dan percukaian dalam menentukan ranking.

Meneliti ranking pula, Hong Kong mengungguli kedudukan pertama diikuti Singapura, Switzerland, New Zealand, Denmark, Australia, Amerika Syarikat, Estonia, Mauritius dan Ireland.

Sebaliknya, antara 10 negara terendah menyaksikan Congo, Algeria, Iran, Libya, Argentina, Syria, Zimbabwe, Sudan dan Venezuela.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat