Biarpun Pasaran Kripto Jatuh, Binance Tawar 2,000 Peluang Pekerjaan

512

‘Ada yang nak apply ke? Entah-entah CZ bagi sekeping dua coin nanti.’

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) exchanger Binance, Changpeng Zhao atau mesra dipanggil CZ menyatakan syarikatnya menawarkan 2,000 jawatan sungguhpun pasaran kripto mengalami penurunan.

Perkara ini dilihat bercanggah dengan syarikat-syarikat gergasi lain yang bertindak sama ada membuang atau menghentikan pengambilan pekerja disebabkan tekanan ekonomi.

Ulas CZ menerusi laman Twitter-nya yang memiliki 6.4 juta pengikut, menulis bahawa Binance bersedia menawarkan 2,000 jawatan kosong yang terbuka untuk diisi.

Tidak dinafikan bahawa ia adalah satu tindakan berani oleh Binance memandangkan pasaran kripto sekarang berada dalam trend bearish, apabila pelabur difahamkan beralih dari aset berisiko ekoran kebimbangan risiko inflasi serta kenaikan kadar.

Lihat sahaja pesaingnya, Coinbase Global Inc yang mengumumkan pengurangan kira-kira 1,100 pekerjaan atau 18% tenaga kerja syarikat pada Selasa dalam menghadapi kemelesetan pasaran kripto.

Selain itu, BlockFi dan Crypto.com juga telah bertindak mengurangkan sejumlah pekerjaan mereka, malah gergasi teknologi lain seperti Meta Platforms serta Intel Corp bertindak membuang pekerjanya.

Dalam pada itu, Binance tidak menyatakan secara jelas jawatan-jawatan yang ditawarkan setakat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat