Biden Bakal Hilang Kuasa? Ini Terjadi Pada USD!

473

Mata wang gergasi US dolar kekal didagangkan lemah susulan sesi dagangan yang menyuramkan pada awal minggu.

Dengan beberapa faktor mempengaruhi pasaran, mata wang utama pula mengukuhkan keuntungan yang diraih daripada kemerosotan US dolar.

Tumpuan pasaran kini terarah kepada pilihan raya pertengahan penggal di Amerika Syarikat yang akan berlangsung pada hari ini.

Dalam pilihan raya ini, kesemua 435 kerusi Dewan Rakyat dan 35 daripada 100 kerusi Dewan Negara akan dipertandingkan yang bakal menentukan Kongres AS ke-118.

Tinjauan setakat ini menunjukkan bahawa Parti Demokrat pimpinan Presiden Joe Biden akan kehilangan kuasa ke atas Kongres, sebaliknya berpihak kepada Parti Republikan.

Sementara itu, faktor jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan memperlahankan pengetatan juga menekan US dolar, walaupun Pengerusi Jerome Powell telah memberi kenyataan hawkish minggu lalu.

Ini rentetan daripada kenyataan beberapa penggubal dasar Fed lain yang mencadangkan kadar pengetatan lebih perlahan dan menyatakan kebimbangan terhadap kemerosotan ekonomi.

Meneliti perkembangan mata wang utama Eropah, euro menokok ke paras tertinggi 2 minggu, berjaya menakluki semula kedudukan harga pada pariti $1 susulan data pengeluaran perindustrian Jerman yang lebih baik daripada jangkaan.

Selain itu, pound juga mendaki lebih tinggi dengan memanfaatkan kelemahan dolar greenback yang meluas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat