Biden Dah Menang, Iran Bakal ‘Naik Tocang’?

1,895

Raja Arab Saudi, Raja Salman mendesak agar kekuatan dunia hari ini untuk bersifat tegas terhadap musuh ketatnya iaitu Iran, kerana pemilihan Joe Biden sebagai Presiden AS didakwa akan mendorong mereka berusaha untuk menghidupkan kembali perjanjian nuklear 2015 dengan Tehran.

Oleh itu, pendirian tegas tersebut diharapkan agar dapat menjamin bahawa rejim Iran tidak akan mendapatkan senjata pemusnah secara besar-besaran, pengembangan program peluru berpandu balistiknya dan mengancam keamanan dunia.

Sebelum ini, kedua-dua buah negara berkenaan berhadapan dengan pertelingkahan selama puluhan tahun sebagai ketuanan di Timur Tengah, dan bersaing dalam konflik wilayah dari Syria ke Yaman.

Oleh yang demikian, Riyadh mula berhati-hati terhadap janji Biden untuk menghidupkan kembali perjanjian nuklear 2015 antara negara kuasa besar itu dengan Iran, perjanjian penting yang dirundingkan ketika beliau berkhidmat sebagai naib presiden di bawah pemerintahan Barack Obama.

Namun begitu, perjanjian berkenaan telah dihentikan oleh Presiden Donald Trump dan mengenakan tekanan terhadap Iran dengan pelbagai sekatan.

Selain itu, Raja berkenaan juga mengecam pemberontak yang dikaitkan dengan Iran di negara jiran, iaitu Yaman kerana berulang kali menembak orang awam dengan drone dan peluru berpandu balistik.

Sementara itu, Arab Saudi telah mengetuai gabungan tentera menentang pemberontak dalam konflik 5 tahun yang telah membunuh puluhan ribu orang dan mengusir jutaan orang dari rumah mereka. PBB menggambarkan konflik itu sebagai bencana kemanusiaan terburuk di dunia.

Tambahan daripada itu, Raja Salman juga mengulangi sokongannya untuk penyelesaian kepada 2 buah negara untuk konflik Israel-Palestin. Sehubungan dengan itu, beliau bertindak untuk tidak menandatangani perjanjian normalisasi baru-baru ini antara Israel dan sekutu Saudi, iaitu Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Sudan.

Walaupun negara berkenaan didakwa mempunyai hubungan dengan Israel, Arab Saudi secara terbuka menolak secara rasmi untuk mengakui negara Yahudi tanpa penyelesaian terhadap isu Palestin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat