Biden Ingin Ikut Jejak Langkah Trump?

436

Dilaporkan bahawa Amerika Syarikat (A.S) akan mengenakan tindakan keras kepada China berikutan amalan perdagangan yang tidak adil. Kenyataan ini dilaporkan oleh pentadbiran pada hari Selasa ketika melancarkan penemuan mengenai akses A.S. ke produk kritikal, dari semikonduktor sehingga bateri kenderaan elektrik.

Pentadbiran A.S akan mula meneliti syarikat-syarikat termasuk syarikat negara China yang melanggar piawaian tertentu dan boleh menganggu rantaian perdagangan akan dimasukkan dalam daftar pemerhatian.

Pegawai perdagangan memaklumkan bahawa Jabatan Perdagangan sedang mempertimbangkan untuk memulakan penyiasatan Seksyen 232 mengenai impak keselamatan nasional yang melibatkan barangan import magnet neodymium yang digunakan pada motor dan aplikasi perindustrian lain, yang sebahagian besar datang dari China.

Presiden Joe Biden memerintahkan kajian semula rantaian bekalan kritikal pada bulan Februari yang akan mengambil masa dalam 100 hari untuk mendapatkan maklum balas. Lagkah dan tindakan susulan akan diambil terdasarkan dapatan yang didapati.

Walaupun tidak ditujukan secara eksplisit ke China, tinjauan tersebut adalah sebahagian daripada strategi pentadbiran Biden yang lebih meluas untuk meningkat daya saing A.S dalam menghadapi cabaran ekonomi yang ditimbulkan oleh ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

Amerika Syarikat kini sedang berhadapan cabaran serius dalam mendapatkan peralatan perubatan semasa penularan wabak COVID-19 dan juga barangan lain seperti cip komputer dan lain-lain lagi.

Laporan ini akan menimbulkan kekhuatiran dalam kalangan pasaran kerana kerisauan bahawa situasi semasa pentadbiran Trump akan berulang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat