Biden & Putin Bertikam Lidah

470

Presiden Rusia, Vladimir Putin menyelar kembali kenyataan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang memanggil beliau sebagai ‘pembunuh’ dalam satu temuramah baru-baru ini.

Susulan itu, Putin menerusi Russian TV mencabar Biden untuk bersemuka dengannya secara siaran langsung.

Jelas Putin, perbincangan secara bersemuka akan lebih ‘menarik’ untuk kedua-dua pihak sama ada Rusia dan AS.

Beliau menolak dakwaan oleh Biden bahawa pasukan keselamatannya cuba membunuh ahli politik parti pembangkang, Alexei Navalny.

Selain itu, Putin juga menuduh AS melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Amerika dan membunuh ramai orang insiden pengeboman Hiroshima serta Nagasaki ketika Perang Dunia Kedua.

Menurut jurucakap Putin, Dmitry Peskov, dakwaan terbaharu AS itu tidak disokong oleh sebarang bukti dan akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

Biden ketika ditemuramah bersama ABC News, turut menegaskan Putin akan berdepan tindakan kerana didakwa mencampuri pilihan raya umum Presiden AS tahun lalu.

Apabila ditanya apakah tindakan yang dikenakan terhadap Putin, Biden hanya menjawab: “Anda akan tahu tidak lama lagi.”

Kenyataan Biden itu menyebabkan Rusia memanggil pulang dutanya di AS berikutan hubungan kedua-dua negara yang menemui ‘jalan buntu’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat