Biden Tak Yakin Dengan Republikan

434

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tidak yakin ramai anggota Senat Republikan akan mengundi usul mendakwa bekas Presiden Donald Trump.

Semalam Biden memberitahu CNN, beliau tidak percaya Senat Demokrat akan mendapat sokongan daripada 17 rakan Republikan untuk perbicaraan pendakwaan Trump.

Bernama melaporkan, terdahulu, Dewan Perwakilan mengemukakan perkara berkaitan pendakwaan kepada Senat, yang menuduh Trump menghasut pemberontakan di Capitol AS pada 6 Januari lalu.

Pemberontakan itu menyebabkan kira-kira lima orang terkorban manakala puluhan lagi cedera.

Pemimpin Majoriti Senat AS, Chuck Schumer minggu lalu berkata, perbicaraan untuk mendakwa Trump dijadualkan bermula 8 Februari.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah AS, seorang Presiden berdepan dua kali pendakwaan.

Parti Demokrat sebelum ini menyifatkan Trump merupakan ancaman kepada negara berikutan insiden buruk terbabit.

Susulan insiden itu juga, pelbagai platform media sosial seperti Twitter, Facebook dan YouTube menyekat Trump.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat