Bijak Melabur Dalam BTC, Saham MicroStrategy Cucuk Langit!

218

“Nasib baik Saylor bertindak pantas beli BTC masa harganya bawah lagi, kalau tak melepas la.”

Selain pasaran mata wang kripto, beberapa syarikat yang mengambil peluangnya untuk melabur dalam BTC telah mendapat impak positif apabila harga aset digital itu berjaya menembusi paras $30,000 semalam.

Antara yang mendapat manfaatnya adalah pengasas MicroStrategy bernama Michael Saylor susulan syarikat beliau menjana sejumlah keuntungan selepas menambah 1,045 BTC bernilai $29.3 juta dalam tempoh 24 Mac 2023 hingga 4 April 2023.

Sebagai rekod, MicroStrategy dan anak syarikatnya secara keseluruhannya telah memegang sekitar 140,000 BTC bernilai $4.17 bilion.

Umum mengetahui bahawa syarikat tersebut telah membeli BTC semasa harga aset digital itu berada pada paras $29,803 ataupun $30,122.

Pada masa ini, harga saham MicroStrategy (MSTR) akhirnya melonjak sebanyak 7.82% didagangkan pada paras $312.78 dalam tempoh 24 jam lalu setelah BTC canak melebihi $30,000.

Sepanjang 30 hari lalu pula, MSTR mendaki sekitar 40% , di mana data menunjukkan bahawa saham tersebut memperoleh lebih 120% pada tahun 2023.

Setakat penulisan ini, harga BTC menyusut sedikit sebanyak 0.56% pada paras $29,930 dalam tempoh 24 jam terakhir, namun masih mencatatkan keuntungan hampir 72% dalam tempoh 90 hari lalu daripada paras terendah dialaminya pada 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat