‘Bila-Bila Masa Sahaja Bitcoin Boleh Lenyap’ – Pengasas Cardano (ADA)

8,159

Dalam seluruh dunia yang teruja dengan Bitcoin ‘to the moon’, ada juga yang berpendapat Bitcoin mungkin akan lenyap untuk selama-lamanya. Salah satunya yang skeptikal dengan kebolehan matawang ini ialah pengasas Cardano (ADA), Charles Hoskinson.

Menerusi temubual yang dikongsi di laman rasmi Reddit Cardano – r/cardano, Hoskinson menjelaskan, sama seperti matawang fiat, Bitcoin bernilai kerana penerimaannya yang meluas segenap dunia. Jika hilang popularitinya, maka Bitcoin boleh lenyap!

“Bitcoin berharga kerana ia berharga. Ia tidak memiliki kelebihan teknologi. Malah, ia merupakan paling kuno berbanding matawang kripto yang lain, tidak futuristik.”

Bitcoin, blockchain generasi pertama – Hanya berupaya memindahkan syiling dari satu wallet ke wallet yang lain. Itu sahaja.

Ethereum, salah satu contoh blockchain generasi kedua – Sebagai tambahan kepada pemindahan nilai, kontrak pintar yang membolehkan pengguna mengatur operasi tersebut, menjadikan blockchain lebih berfungsi.

Cardano, blockchain generasi ketiga – Berusaha menyelesaikan Blockchain Trilemma yang terkenal, menambahkan beberapa teknologi bersiri kepada blockchain generasi kedua, menjadikan rangkaian lebih berskala, selamat dan efisien tanpa hilang konsep desentralisasi.

Satu cara untuk Bitcoin mengatasi pesaing-pesaingnya, Hoskinson mencadangkan penambahbaikan dan perkembangan terhadap ciri-ciri penting.

“Sebaik sahaja Bitcoin diatasi oleh matawang kripto yang lain, ia akan hapus kerana tiada sebab lagi untuk hold. Melainkan jika berlaku inovasi teknologi terhadap Bitcoin.”

Buat masa sekarang terdapat beberapa perkembangan yang menfokuskan kepada penambahbaikan Bitcoin. Misalnya, Segwit, Taproot, Schnorr signatures, dan Lightning Network. Sebaik sahaja usaha ini dapat dilaksanakan, Bitcoin mampu menangani jumlah dagangan yang jauh lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat