Binance Mahu Kembali Ke Jepun Secara ‘Halal’ Selepas 4 Tahun Menanti

113

‘Irahaimasen, mungkin Satoshi Nakamoto gembira dengan berita baru ini.’

Binance, exchanger kripto terbesar dunia, dilihat tidak menyerah kalah untuk bertapak di Jepun dengan berita baru mengatakan syarikat sedang cuba perolehi lesen beroperasi secara sah.

Menurut sumber dalaman, Binance mahu memanfaatkan pelonggaran perundangan serta potensi besar kripto dalam kalangan pengguna di negara ekonomi ke-3 terbesar dunia itu.

Sebagai pengetahuan umum, Perdana Mentei Fumio Kishida yang memperkenalkan rubrik ekonomi ‘New Capitalism’ sebagai sebahagian usaha pembangunan ekonomi telah memberi sokongan kepada pertumbuhan firma berasaskan Web3*.

*Istilah yang merujuk kepada visi internet terdesentralisasi dalam teknologi blockchain berasaskan kripto.

Selain itu, pengawal selia kewangan Jepun juga sedang mengusahakan peraturan pelonggaran cukai korporat terhadap aset kripto.

Berbalik kepada Binance, seorang jurucakap syarikat enggan mendedahkan isi maklumat mesyuarat mereka bersama pegawai berkuasa Jepun berkenaan lesen tersebut.

Namun, Binance dikatakan akan terus komited berkerjasama dengan pengawal selia dan penggubal dasar untuk memastikan kripto memperolehi tempat di Jepun.

Mencerap situasi Binance pada 2018 lalu, syarikat merancang untuk membina pejabatnya di Jepun namun terpaksa mengundur diri ekoran ketiadaan permit operasi.

Dalam pada itu, berita mengenai keingingan kerajaan Jepun kembangkan potensi kripto turut mendapat reaksi positif daripada syarikat aset mata wang digital lain seperti DeCurrent Inc milik saham Temasek-Amber Group.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat