Binance Perketat Peraturan Penyenaraian NFT

292

“Mana tahu ni mungkin kebaikan untuk semua orang.”

Syarikat gergasi exchanger mata wang kripto Binance bertindak mengetatkan peraturannya terhadap penyenaraian non-fungible token (NFT).

Dilaporkan bahawa bermula awal bulan Februari, Binance akan menyahsenarai NFT yang disenaraikan sebelum 2 Oktober 2022 selain koleksi digital yang mempunyai purata volum dagangan harian bawah daripada $1,000.

Sementara itu, artis NFT selepas 21 Januari 2023 hanya boleh mint karyanya sebanyak lima koleksi digital sahaja setiap hari.

Melalui pengetatan peraturan ini juga, individu yang berhasrat untuk meyenaraikan NFT mereka haruslah melengkapkan Know Your Customer (KYC) serta memiliki minimum dua pengikut dan jika tidak memenuhi piawaian itu penjual akan segera dinyahsenarai.

Para pengguna dibenarkan untuk melapor sebarang koleksi NFT yang mungkin melanggar peraturan atau syarat perkhidmatan mint NFT melalui Binance agar pasukannya dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap penjual itu.

Dalam pada itu, Binance dimaklumkan perlu laksanakan langkah KYC susulan pengawal selia sejak tahun lepas lagi menuduh syarikat mereka mempunyai KYC yang lemah walaupun mereka menafikannya.

Selain itu, syarikat tersebut didakwa oleh Penguatkuasaan Jenayah Kewangan Amerika Syarikat (AS) kerana bersubahat dengan pengubahan wang haram Bitzlato yang menawarkan perkhidmatan kepada rakyat Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat