Binance Siasat $4.2 Juta Derma Kripto Ke Rusia

123

Pasukan penyiasat Binance dan syarikat penjejakan mata wang kripto memberi bantuan dalam mengesan $4.2 juta dana kripto yang berfungsi sebagai pendermaan kepada pihak tentera Rusia di Ukraine semasa perang Rusia-Ukraine.

Difahamkan pengesanan tersebut dibuat melalui saluran terbuka pada aplikasi pemesejan Telegram yang meminta wang daripada orang ramai.

Buktinya, platform analitik blockchain seperti Chainalysis, Elliptic serta TRM Labs menjumpai saluran Telegram daripada kumpulan separa tentera Rusich serta tapak media pro-Rusia dan Southfront memaparkan alamat kepada pihak yang berhasrat untuk menyumbang kripto.

Didapati juga bahawa pasukan penyelidik Binance telah menjejaki mata wang kripto bernilai $4.2 juta itu dipindahkan ke organisasi tentera Rusia sejak Februari 2022.

Namun jumlah derma keseluruhan berkemungkinan lebih besar daripada angka yang disebutkan dan terdapat organisasi lain telah membuat aktiviti tersebut secara senyap.

Menurut Serhii Kropyva, bekas timbalan Polis Siber Ukraine menyatakan bahawa pemindahan wang berjuta-juta dolar tetap berterusan walaupun kerjasama dengan Binance dan Chainalysis telah membenarkannya menyelidik setiap wallet yang terlibat dalam aktiviti jenayah ini.

Binance turut memperkatakan MOO Veche, sebuah organisasi “warisan budaya” pro-Rusia menganjurkan acara pengumpulan dana yang bertujuan untuk pembelian senjata.

Walaupun Binance, TRM Labs dan Elliptic menyebut MOO Veche sebagai pengumpul dana terpenting, tetapi ia dikesan telah mengumpul derma sebanyak $1.7 juta dalam bentuk mata wang kripto.

Dalam pada itu, dana sumbangan tersebut bakal digunakan untuk membayar skop pengimejan terma dan UAV berbanding Rusia membeli kereta kebal baharu, ulas penyelidik Chainalysis Andrew Fierman.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat