Bitcoin (BTC) ‘Musnah’ Di El Salvador?

5,494

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh National Bureau of Economic Research (NBER) mendapati penerimaan dan penggunaan Bitcoin (BTC) di El Salvador telah menemui titik kegagalan.

Bagaimana?

Berikut rincian hasil kajian tersebut:

  • Lebih 60% responden telah nyahguna wallet bitcoin, Chivo yang diperkenalkan kerajaan selepas mereka mendapatkan bonus $30.
  • Manakala 89% rakyat El Salvador mengaku tidak pernah mendapat wang yang dikirim melalui Chivo, tetapi cuma 3% responden sahaja yang menerimanya dalam bitcoin.
  • 90% responden didapati tidak pernah membayar cukai menggunakan bitcoin.
  • 60% rakyat negara itu tidak memuat turun wallet Chivo walaupun majoritinya memiliki pengaksesan telefon pintar dan sambungan internet.
  • Boleh dikatakan majoriti penduduk El Salvador tidak pernah menggunakan ATM Chivo yang disediakan di seluruh bandar.

Di sini dapat disimpulkan bahawa penggunaan tunai, termasuk kad kredit dan debit masih tidak menunjukkan perubahan walaupun penduduk El Salvador memiliki wallet Chivo.

Setakat April, 80% syarikat di El Salvador masih belum menerima BTC walaupun Bitcoin Law ‘memaksa’ mereka untuk berbuat demikian.

71% daripadanya yang melaporkan penjualan dalam bitcoin lebih selesa menggunakan unit fiat, dolar AS berbanding BTC.

Sebagai rekod, El Salvador rasmi menggunakan BTC bermula September 2021. Tetapi sehingga ke hari ini usaha pentadbiran Nayib Bukele tidak menunjukkan perkembangan yang positif.

Tidak pasti di manakah silapnya. Barangkali pendedahan tentang kepentingan mata wang kripto dalam kalangan penduduk negara itu masih belum meluas.

Apa pula pendapat kalian? Adakah anda sudah menjangkakan ini atau sebenarnya El Salvador memerlukan masa untuk selesa dengan BTC?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat