Bitcoin Catat $16.7K Bawa Jangkaan Lonjakan Yang Lebih Besar!

338

Harga Bitcoin (BTC) berjaya mencatatkan rekod terbaru, melepasi paras $16,700 membawa jangkaan baru dalam kalangan penganalisis.
Bermula dengan nilai $16,473 dicatat pada 13 November, penganalisis menjangkakan aliran menaik untuk jangka masa panjang.

Faktor lain jangkaan ini juga didorong oleh krisis peningkatan jualan BTC berbanding yang dilombong dan aset kripto yang menguat walaupun terdapat pembelian yang berlebihan.

Situasi ini telah menyangkal dakwaan pengasas indikator Bollinger Bands, John Bollinger terhadap jangkaan pembetulan Bitcoin yang mana pada akhirnya aset kripto itu berhadapan dengan consolidation sebelum kembali melonjak.

Sejak BTC catat rekod $10,000, sebanyak 3,000 BTC dikeluarkan setiap hari. Ini antara bukti optimis bagi aset tersebut ekoran daripada permintaan yang meningkat dan pelombong yang bertindak untuk menyimpan BTC.

Berita kemunculan vaksin Moderna dengan 94% jaminan keberkesanan membawa harga bitcoin ke paras lebih tinggi, hampir 5% ketika emas sekadar catat peningkatan 0.17%.

Rekod tersebut ternyata berbeza ketika pengumuman vaksin Pfizer dengan keberkesanan 90% telah menyebabkan aset ini susut hampir 3% selama beberapa jam.

Salah seorang pelabur kripto terkenal berpendapat jika harga aset itu sekali lagi mencatatkan penyusutan kerana pengumuman vaksin, wajar mengambil peluang untuk membeli lebih banyak aset itu.

Momentum teknikal, krisis penjualan aset dan rally menyebabkan BTC kekal stabil di atas $16,000. Memandangkan BTC tidak susut mendadak setelah melonjak tinggi, wujud pendapat kuat nilai $16,000 akan menjadi kawasan sokongan bagi aset itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat