Bitcoin Dalam Bahaya, Ramalan Pakar Ini Buatkan Pasaran Semakin Gusar!

5,258

Carter Worth, yang merupakan pengurus teknikal pasaran Cornerstone Macro tampil memberi ulasan mengenai perkembangan harga bitcoin dan unjuran pada masa akan datang. Beliau secara asasnya berpendapat bahawa Bitcoin berkemungkinan mengalami pembetulan 55% dari tahap tertinggi sepanjang masa.

Beliau berpendapat bahawa Bitcoin (BTC) boleh turun menjadi $ 29,000 dan kini masih menguji garis sokongan. Dalam segmen Fast Money, Worth berkali-kali memberi amaran mengenai pergerakan harga Bitcoin.

Jika dibandingkan dengan data lepas melalui perbandingan paras harga terendah sebelum ini melalui julat harga maka paras harga $ 45,000 mewakili puncak zon sokongan.

Dengan kata lain, Bitcoin masih lagi bergelut untuk melepasi paras rintangan.Jika ia melepasi rintangan berkemungkinan harga akan melambung kembali namun jika ia terus menjunam maka tidak mustahil harga Bitcoin akan jatuh 55% daripada paras tertinggi iaitu kepada $29,000.

Pasaran kini lebih memberi perhatian yang lebih dan berhati-hati atas setiap cicipan CEO Tesla Elon Musk kerana ia dapat memberi impak terhadap kripto. Di samping itu saham Coinbase (COIN) jatuh ke paras terendah sejak penyenaraiannya di Nasdaq pada 14 April lalu.

Sejak kemunculan COIN dalam pasaran saham, harganya menyaksikan penurunan di bawah paras harga penyenaraian langsung, $381 dan harga rujukan, $250 kepada nilai $245.

Walaubagaimanapun, sebahagian penganalisis berpandangan berbeza bahawa Bitcoin menunjukkan trend harga jangka panjang yang utuh dan bahkan tanda-tanda kenaikkan harga.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat