Bitcoin Diramal Junam Ke $15,500 Dulu Sebelum “To The Moon”

314

“Mungkin naik mungkin tidak, apa-apa pun pelabur perlu bersedia je.”

Setelah hampir sebulan tergelincir, ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) akhirnya menyaksikan lonjakan menembusi harga $17,000 berikutan prestasi kukuh dalam pasaran saham Amerika Syarikat (AS) pada akhir minggu lepas.

Meskipun begitu, harga tersebut masih mencatatkan zon terendah berbanding sebelum paras ketinggian dicapainya sebelum ini pada $18,395.

Susulan bilangan pelabur semakin berkurangan, kebanyakan pelabur dilaporkan mengalami sejumlah kerugian ketika menjual pegangan BTC masing-masing.

Hal ini terjadi kerana pelabur didapati berpusu-pusu menjual aset digital mereka semasa berlakunya krisis FTX yang menjadi penyebab pasaran kripto menderita secara berterusan.

Ulas daripada penganalisis kripto terkenal Sulivan, BTC berkemungkinan melihat penjualan ketara sekali lagi jika harganya mampu menembusi hingga ke paras $20,000 hingga $22,000.

Tambahnya lagi, kenaikan harga tersebut akan berlaku pada minggu ini sekiranya statistik CPI AS menunjukkan keputusan positif.

Namun perlu diingatkan bahawa BTC mampu menjunam lebih drastik pada tahun 2023 apabila AS dan negara lain menghadapi keadaan makroekonomi tidak memberangsangkan serta kemelesetan berpanjangan.

Menurut pula CryptoGodJohn, penganalisis dan pedagang kripto berpendapat bahawa BTC berpotensi mendaki ke paras harga $20,000 selepas berjaya melepasi $17,600 tetapi jika gagal aset digital itu bakal susut pada $15,500.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat