Bitcoin Diramal Melonjak 20% Dalam Tempoh 4 Minggu Ini?

373

Mata wang kripto terbesar di dunia, Bitcoin (BTC) menggambarkan keadaan volatile pasaran yang rendah sepanjang minggu lepas yang masih lagi berlegar-legar di bawah paras $20,000 sehingga bersambung pada pembukaan Oktober awal minggu ini.

Oleh demikian pelabur berasa curiga arah tuju BTC seterusnya setelah memasuki suku keempat dan terakhir tahun 2022.

Diperjelaskan, sejumlah 32,000 BTC yang berjaya berpindah dari bursa pada 30 September merupakan bilangan tertinggi dalam tempoh tiga bulan terakhir.

Rentetan itu, keyakinan perdagangan dalam BTC berubah menjadi positif susulan Q4 menunjukkan suku baik dan pasaran mata wang kripto yang lebih luas.

Aset digital tersebut juga dikatakan muncul sebagai pelaburan selamat berbanding altcoin lain disebabkan volum dagangan BTC berkembang secara berterusan sejak pertengahan Jun.

Malah BTC yang terus bertahan melebihi paras $19,000 turut membuatkan 1.21 juta address membeli 688,000 BTC.

Menurut penganalisis Crypto Ali Martinez, penjualan BTC boleh berlaku dan berkemungkinan berada pada paras harga $16,000 atau lebih rendah jika mata wang kripto itu gagal mengekalkan momentumnya.

Sementara itu, pasaran deriviatif BTC menunjukkan kekuatan dengan hampir 2/3 niaga hadapan BTC terbuka telah berlaku untuk sekian lama.

Namun perlu diingatkan bahawa BTC kini berada dalam kolerasi yang kuat dengan S&P 500 dan seandainya pasaran ekuiti A.S melakukan kejatuhan maka pembetulan harga terhadap BTC mungkin akan berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat