Bitcoin Kembali Pulih Dengan Mencatat Peningkatan Melebihi 10% Daripada Kejatuhan Sebanyak $8,000

94

Harga Bitcoin kembali pulih pada hari Rabu selepas harga matawang digital tersebut menjunam melebihi 25% pada hari Jumaat lepas.

Harga Bitcoin berada di paras $12,000 pada minggu lepas berbanding pada paras tertinggi melibihi $20,000.

Kejadian kejatuhan harga tersebut bukanlah pertama kali. Pergerakan harga Bitcoin sememangnya volatile pada tahun ini berdasarkan data. Pada bulan November harga bitcoin jatuh hampir 30% dalam tempoh 4 hari dari $7,888 kepada $5,555. Pada bulan September ia jatuh 40% dari $4,979 kepada $2,972.

Namun, harga bitcoin telah melonjak naik kembali dengan mencatat peningkatan melebihi 10% dengan bacaan $16,271.40 satau bitcoin.

Lonjakan harga ini menunjukkan bahawa kejatuhan harga adalah disebabkan faktor pembetulan harga seperti pandangan beberapa penganalisis. Selain itu, cuti krismas juga menjadi faktor lain, apabila pelabur-pelabur besar menarik modal buat sementara waktu.

Pada minggu ini terdapat isu berkenaan bitcoin, apabila Israel Securities mengharamkan syarikat menjalankan perdagangan menggunakan bitcoin dan matawang digital. Selain itu,  Bitcoin SegWit2X dikhabarkan akan muncul kembali dengan hard fork pada 28 Disember 2017.

Selain itu, matawang kripto lain turut juga mencatat peningkatan seperti Ripple, XRP yang naik 12.09% kepada $1.26.

Matawang digital Ripple semakin mendapat tempat selepas perbankan Jepun dan Korea telah mula menguji penggunaaan Ripple sebagai transaksi.

Ethereum yang merupakan kedua terbesar naik 0.54% kepada $759.79.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat