Bitcoin Melonjak Lagi, Akhirnya Cecah Paras Harga $16,000!

261

Harga Bitcoin melonjak naik di atas paras harga $ 16,000 seunit pada hari Khamis. Paras harga ini merupakan tahap baru yang dicapai sejak awal Januari 2018.

Harga matawangcyrpto naik setinggi $ 16,019 berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Coin Desk. Naik dari paras tertinggi akhir dagangan pada sekitar $ 15,800.

Kali terakhir Bitcoin mencapai paras harga $ 16,000 adalah pada 8 Januari 2018. Penganalisis berpendapat bahawa faktor kenaikan pada hari ini tidak begitu jelas namun beberapa syarikat telah menunjukkan minat kearah matawang crypto.

Pada bulan lalu, syarikat gergasi PayPal mengumumkan akan menambah ciri baru yang membolehkan pengguna memperdagangkan bitcoin dan beberapa matawang crypto. Pada awal tahun 2021, syarikat tersebut merancang ingin membenarkan pelanggan menggunakan crypto untuk melakukan pembelian dengan 26 juta rangkaian peruncit.

Disisi lain syarikat seperti Square telah mengumumkan bahwa syarikat mereka telah membeli bitcoin bernilai $ 50 juta. Pihak kerajaan termasuk bank pusat juga telah bercadang untuk terjun ke dalam dunia crypto kerana kekhuatiran kejatuhan nilai mata wang fiat.

Pada masa yang sama, penganalisis pasaran Etoro, David Derhy berpendapat kedudukan nilai bitcoin ketika ini wajar dilihat dengan lebih positif, berharap menuju paras $20,000

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat