‘Bitcoin Pengganti Emas Berbanding Dolar’ – Powell

1,786

Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell berpendapat matawang kripto tidak sesuai sebagai simpanan nilai kerana cirinya yang volatile dan tidak disokong oleh apa-apa.

Pendapatnya itu diutarakan dalam diskusi yang dijalankan secara maya oleh Bank for International Settlements pada malam tadi waktu Malaysia.

Bagaimanapun, Powell akui Bitcoin (BTC) mula mengatasi kedudukan emas, menyifatkan aset digital itu sebagai pengganti emas berbanding dolar.

Stablecoins, yang dikenali juga sebagai satu inovasi dalam sektor kripto kerana bersandarkan kepada matawang fiat turut menarik perhatian Powell.

Stablecoin disokong oleh matawang fiat dari negara-negara utama dan sudah tentu ia merupakan satu inovasi baik dalam sektor kripto. Kredibilitinya datang dari matawang fiat sebagai sokongan.”

Berbeza dengan negara-negara lain yang sudah bergiat dalam pengeluaran matawang digital bank pusat (CBDC) seperti China, Jepun dan Rusia, Powell memberitahu bahawa Fed mahu bertindak lebih berhati-hati terhadap penghasilan CBDC atau dolar digital.

Bagaimanapun, ada peluang cerah untuk dolar digital diperkenalkan pada masa akan datang.

Federal Reserve Bank of Boston dan Massachusetts Institute of Technology telah mencapai kata putus untuk membuat lebih banyak kajian telus serta menggariskan undang-undang ketat, sama seperti stablecoins yang sedia ada.

Ketika penulisan, beberapa matawang kripto didagangkan pada:

BTC: $55,513 (susut 2.14%)
ETH: $1,717 (susut 2.77%)
XRP: $0.596 (meningkat 17.91%)
LTC: $189 (susut 2.03%)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat