Bitcoin Semakin Pulih Dan Hampir Menembusi Harga $9,000

365

Harga bitcoin mencatat peningkatan pada hari Selasa daripada kejatuhan minggu ini walaupun kerajaan Korea Selatan sedang menyiasat dengan teliti terhadap platform lokal pertukaran matawang crypto.

Harga bitcoin kini didagangkan pada $8,724.0 seunit setakat jam 12.20 p.m di pertukaran Bitfinex, naik 3.5%.

Ethereum yang merupakan matawang crypto kedua terbesar daripada jumlah nilai syarikat telah mencatat peningkatan 4.2% kepada $726.4 dalam pertukaran Bitfinex.

Ripple XRP mula naik 5.3% kepada $0.73448 dalam pertukaran Poloniex.

Laporan melaporkan bahawa Korea Selatan sedang mensasarkan akaun-akaun korporat yang memilki potensi membawa ke arah pengubahan wang haram.

Tindakan kerajaan Korea Selatan ini adalah kerana didesak oleh badan pengawal seliaan kewangan (FSS) yang menyatakan bahawa kejadian pengubahan wang haram semakin bertumbuh dan terdapat kemungkinan ia dilakukan melalui matawang crypto. Sasaran lebih ditumpukan pada akaun yang dibuka dalam negara.

Laporan ini dikeluarkan setelah, platform pertukaran matawang crypto keempat terbesar, Upbit dituduh telibat dengan jenayah kewangan dan kini dalam siasatan.

Namun dalam masa yang sama terdapat laporan-laporan yang positif berkenaan matawang crypto seperti kenyataan salah satu bank terbesar dunia, Morgan Stanley yang mengatakan bank dapat menjimatkan yuran dan menyelamatkan daripada krisis kewangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat