Bitcoin Tewaskan Tesla!

511

“Memang la menang, sekarang semua mata termasuk BlackRock lebih beri perhatian pada BTC kot.”

Raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) yang kini kekal di atas $66,000 akhirnya berjaya mengatasi saham Tesla (TSLA) apabila harganya menggunung lebih 1,180% berbanding TSLA yang hanya mendaki kira-kira 806% dalam masa lima tahun lalu.

Menerusi pemerhatian sepanjang tahun lalu, pulangan BTC telah meningkat 139% manakala TSLA jatuh 11% kemudian harga BTC turut raih sebanyak 49% pada tahun ini sementara saham TSLA pula terjun 43%.

Suka dimaklumkan BTC adalah aset kesembilan terbesar di dunia yang lebih besar daripada Platform Meta, Berkshire Hathway atau JPMorgan Chase sementara TSLA pula merupakan aset ke-21 terbesar di dunia dengan modal pasaran $455 juta.

Menurut Andrey Stoychev, ketua pembrokeran utama di Nexo berkata sebab utama di sebalik kenaikan 60% harga BTC adalah susulan daripada kelulusan sepuluh spot BTC ETF di Amerika Syarikat (AS) oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).

Perlu diketahui juga saham berkaitan kripto AS didapati mencatatkan keuntungan ketara di mana Marathon Digital (MARA), CleanSpark (CLSK), Riot Platforms (RIOT) Cipher Mining (CIFR), dan Hut 8 (HUT) naik sepanjang hari dagangan 22 April 2024.

Umum mengetahui $19.7 juta aliran masuk terkini pada 22 April 2024 membawa makna BlackRock yang capai 70 hari berturut-turut aliran masuk pada masa ini berada dalam top 10 aliran masuk harian terpanjang bagi semua dana ETF AS.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.43% pada paras $66,742 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi masih mencatatkan kenaikan 4.25% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat