BitTorrent (BTT), Ripple (XRP) Padu Disebabkan Faktor Ini!

6,802

BitTorrent (BTT) dan Ripple (XRP) masing-masing menunjukkan isyarat trend bullish, mengundang keterujaan komuniti kripto.

Misalnya, BTT mencatatkan rekod lonjakan harga sehingga 22.8% sekaligus berada di paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang baharu semalam pada nilai $0.014.

XRP pula meroket mendadak sehingga ke $0.92 pada awal pagi tadi, rekodkan paras tertinggi terbaru sejak 6 Mei 2018.

Berdasarkan penelitian terhadap dua altcoins ini, XRP nampaknya melonjak ekoran daripada rancangan terbaru Ripple yang mahu membangunkan masa depan inklusif dari aspek kewangan secara berterusan.

Makluman yang dimuatnaik menerusi blog rasminya, rancangan Ripple itu dijangka turut melibatkan firma teknologi kewangan, universiti-universti terkemuka, badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan dan pengusaha sosial. Ia dilihat sebagai satu usaha untuk mewujudkan peluang ekonomi yang lebih besar dan adil untuk semua.

Malah, pada hujung Mac, Ripple telah mengumumkan pemilikan sebanyak 40% saham firma pembayaran rentas sempadan Asia, Tranglo. Manakala, semalam dilaporkan Ripple telah menang dalam rayuan untuk menyimpan kesemua emel peribadi daripada perhatian umum ketika perbicaraan saman dikemukakan oleh Securities and Exchange Commission (SEC) masih berlangsung.

Pada masa yang sama, harga BTT mula menunjukkan pergerakan positif selepas lonjakan sehingga 81% selama dua hari berturut-turut pada hujung Mac.

Tiada yang spesifik, barangkali lonjakan harga BTT didorong oleh pengumuman berkaitan kemaskini Sistem Fail BitTorrent yang dibuat pada 4 April. Perkara ini juga termasuk dengan peningkatan rangkaian terdesentralisasi BTFS dan penyempurnaan repair mode dan challenge mode.

Ketika penulisan, kedua-dua aset itu mencatatkan harga dagangan:

  • XRP: $0.86, melonjak lebih 36% dalam 24 jam
  • BTT: $0.010, susut lebih 15% dalam 24 jam
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat