Blockchain Bakal Jadi ‘Mainstream’ – HSBC Jalin Kerjasama Terbaru!

2,082

Berdasarkan laporan terbaru daripada Juniper mendapati bahawa bank dapat menjimatkan sehingga 3,300% menjelang tahun 2030 jika menggunakan teknologi blockchain dalam penyelesaian bank.

Well Fargo telah menjalinkan kerjasama dengan HSBC bagi merealisasikan penggunaan teknologi blockchain dalam melancarkan transaksi pertukaran matawang asing. Dengan ini Wells Fargo akan menggunakan platform FX Everywhere yang di bangunkan oleh HSBC untuk transaksi FX antara bank. Ia dibangunkan oleh HSBC pada tahun 2018,dimana platform penyelesaian blockchain digunakan untuk menyelesaikan transaksi utama antara bank HSBC. Jalinan kerjasama terbaru ini menandakan bahawa aplikasi kes pertama di luar perbankan HSBC group.

Jalinan kerjasama ini turut memungkinkan penyelesaian transaksi dalam matawang US dolar (USD), dolar Kanada (CAD), pound sterling (GBP) dan transaksi matawang Euro (EUR). Berdasarkan pengumuman rasmi, platform tersebut akan dikembangkan dengan menambahkan lebih banyak matawang pada masa akan datang. Platform FX Everywhere telah berjaya mengendalikan transaksi sebanyak 3 juta transaksi yang berjumlah $ 2.5 trilion.

Mark Williamson, pengurus FX Partnerships & Propositions di HSBC menyatakan bahawa platform tersebut membolehkan pengguna membuat transaksi ke luar negara dengan lebih efisien. Ditambah pula ia dapat mengurangkan risiko semasa dalam membuat transaksi.”

Penggunaan teknologi blockchain untuk penyelesaian transaksi antara bank dapat meningkatkan kecekapan transaksi dan dapat mengurangkan kos setiap transaksi. Pada peringkat awal, platform itu akan menyelesaikan kira-kira 100 transaksi setiap minggu dan secara beransur-ansur meningkatkan jumlah mengikut masa.

Penggunaan teknologi terdesentralisasi untuk penyelesaian bank bukanlah sesuatu perkara baru. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa nama terbesar dalam sektor perbankan telah beralih kepada teknologi blockchain untuk pengiriman wang dan penyelesaian rentas sempadan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat