BNB Kembali Gah Buat Lonjakan, Trend Kenaikan Sudah Bermula?

429

Menilai kepada prestasi semasa pasaran kripto, kebanyakan kripto ketika pembukaan pasaran minggu ini membuat lonjakan purata melebihi 15% selepas membuat penyusutan yang drastik ketika pergerakan dagangan minggu lalu.

Namun, pelabur masih berteka-teki sama ada trend kejatuhan harga sudah pun berakhir atau sebaliknya.

Pergerakan harga BNB juga turut membuat kenaikan melebihi 50% setelah mencapai paras terendah yang dicatatkan pada dagangan bulan ini hampir mencecah paras $200.

Faktor kenaikan ini juga didorong oleh kenaikan harga Bitcoin ketika ini yang sedang menguji paras harga $40,000 setelah disokong beberapa sentimen permulihan pergerakan.

Ekoran itu, pergerakan harga pada carta BNB dapat dilihat telah menembusi paras RBS (resistance become support) sekitar harga $300 dan telah melonjak ke paras harga $380 sebelum membuat penyusutan sedikit pada dagangan hari ini.

Kenaikan harga yang berjaya diteruskan berkemungkinan bakal menguji zon SBR (support become resistance) sekitar harga $440 – $480. Jika harga berjaya melepasi zon SBR, ia bakal memberi petanda untuk perubahan trend kenaikan yang lebih jelas.

Untuk jangkaan kenaikan lebih tinggi, paras resistance sekitar $600 bakal diuji semula sebelum menuju paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang pernah dicatatkan pada 10 Mei pada $691.77.

Sebaliknya, jika harga kembali membuat penurunan, zon RBS (resistance become support) $300 mungkin bakal diuji semula dan pelabur akan menilai sama adan zon ini mampu menyokong semula untuk harga membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Jika pergerakan harga BNB terus mengekalkan trend bearish, maka paras sokongan sekitar $200 pula bakal menjadi tumpuan utama untuk diuji namun penurunan yang lebih rendah mungkin bakal terjadi jika ia terus melepasi paras sokongan tersebut.

Setakat jam 3.00 petang waktu tempatan, harga BNB telah membuat lonjakan melebihi 10% untuk didagangkan sekitar $350.

Lihat gambar carta matawang kripto BNB/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat