“BNM Dalam Usaha Untuk Stabilkan Ringgit” – Timbalan Gabenor

172

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani berkata mereka sedang mempertimbangkan langkah selanjutnya untuk menyokong ringgit.

BNM kini masih lagi melihat pelbagai langkah lain untuk memastikan ringgit kekal stabil. Mereka terlibat secara aktif dengan beberapa syarikat korporat untuk membawa balik dana mata wang asing dan menukarnya kepada ringgit.

Katanya lagi, beberapa syarikat tempatan yang mempunyai baki mata wang asing digalakkan untuk menghantar pulang dan menukarnya kepada ringgit. BNM sangat mengalu-alukan usaha itu dan memberi kelulusan.

Sementara itu, Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata pada persidangan sama bahawa eksport dalam mata wang tempatan masih rendah berbanding mata wang lain.

Kira-kira antara 60% hingga 70% daripada hasil eksport adalah dalam ringgit masih lagi tidak menjangkau sasaran cemerlang. Ramai pengeksport masih suka mengekalkan hasil eksport mereka dalam mata wang asing.

Ringgit jatuh pada 20 Februari ke paras terendah 26 tahun pada 4.800 berbanding dolar AS. Kali terakhir ia dilihat di paras itu adalah pada 1998 semasa kemuncak krisis kewangan Asia. Namun, nota tempatan itu telah meningkat dengan ketara dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Pada 20 Mei, BNM telah berusaha untuk merintis rangka kerja pra-kelulusan pantas untuk korporat membawa balik dana mata wang asing dan membolehkan mereka untuk melabur semula di luar negara.

Usaha itu merupakan potensi besar walaupun banyak syarikat menganggap membawa pulang duit-duit itu perlu menghadapi kesukaran tinggi ketika melalui proses kelulusan pelaburan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat