BoC Memutuskan Keputusan Kadar Sesuai Jangkaan Pasaran! Adakah Tindakan Ini Akan Dikekalkan?

267

Bank of Canada (BoC) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah kunci pada tahap 5%, dengan kadar bank pada 5.25% dan kadar deposit pada 5%.

Ini merupakan ketiga kalinya kadar faedah dikekalkan pada tahun ini dan pengumuman kadar yang ketujuh oleh BoC.

Pada tahun 2022, BoC telah meningkatkan kadar faedah sebanyak tujuh kali. Kemudian, pada bulan Januari 2023, peningkatan lain diumumkan, menjadikan kadar faedah sebanyak 4.5%.

Bank ini telah mengekalkan kadar faedah pada 4.5%, seperti yang dijangkakan oleh para pakar ekonomi, sehingga 7 Jun, ketika ia dinaikkan kepada 4.75%. Pada 12 Julai, BoC meningkatkan kadar faedah kepada 5%, dengan kadar bank pada 5.25%, dan pada 12 September, ia mengumumkan bahawa kadar tersebut akan dikekalkan.

Pada minggu lalu, beberapa penganalisis telah tampil menyatakan jangkaan bahawa kadar faedah akan dikekalkan pada pengumuman hari ini. Waima begitu ada segelintir berpandangan bahawa tidak akan ada peningkatan kadar lagi pada tahun 2023.

Presiden pemberi pinjaman mortgage CanWise, James Laird percaya BoC juga berharap untuk menyelesaikan peningkatan kadar dan hanya akan naikkan jika mereka dikejutkan oleh data-data yang akan datang pada masa hadapan.

Dengan pengekalan kadar faedah lain kini berlaku, Laird menasihatkan sesiapa yang mempunyai pinjaman perubahan kadar faedah atau kredit ekuiti rumah (HELOC) diharapkan “berhati-hati” dalam mereka optimis bahawa tidak akan ada peningkatan kadar lagi pada tahun ini.

Satu lagi pengumuman kadar faedah akan menyusul pada 6 Disember tahun ini.

US dolar melonjak sebanyak 0.52% kepada paras dagangan 1.38 berbanding mata wang Kanada selepas keputusan ini dikeluarkan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat