BOE Bernada Dovish, Tapi GBP/USD Berjaya Melonjak!

230

Pound bergerak positif menuju penutup dagangan minggu ini yang menyambung pengukuhan berbanding US dolar yang telah berlaku semalam.

Khamis semalam, pelabur memberi tumpuan terhadap keputusan mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) yang menyaksikan kadar faedah dikekalkan di paras 5.25% seperti dijangka.

Namun, kenyataan gabenor Andrew Bailey bernada dovish apabila menyatakan kesediaan bank pusat untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah pada suku tahun berikutnya.

Pound pada mulanya menjunam selepas keputusan mesyuarat tersebut namun berjaya pulih semula sehingga ke penghujung sesi New York berikutan faktor penyusutan US dolar.

US dolar alami tekanan semula selepas data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) meningkat ke paras tertinggi sejak Ogos tahun lalu.

Perubahan arah berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam selepas corak penurunan dihasilkan dari awal minggu.

Ketika reaksi mesyuarat BOE semalam, harga ditekan ke paras 1.24450 dahulu sebelum kembali melantun sehingga menembusi 1.25000 yang menjadi paras rintangan harga sebelum ini.

Turut memberi isyarat bullish apabila kenaikan harga melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.

Setelah perlahan di sekitar 1.25250 di sesi Asia pagi ini, kenaikan diteruskan pada sesi Eropah ke paras sekitar 1.25400 yang disokong oleh bacaan data pertumbuhan ekonomi UK pada Mac yang kukuh.

Berkemungkinan kenaikan lebih tinggi boleh berlaku pada sesi berikutnya dengan sasaran menuju paras tumpuan pada 1.26000.

Namun perlu diingatkan bahawa isyarat dovish oleh BOE berisiko untuk menekan Pound jatuh semula.

Penurunan harga jika berlaku pula akan menjangkakan paras 1.25000 diuji sebelum penurunan di bawahnya akan memberi isyarat untuk pergerakan bearish semula.

Seterusnya, paras yang dicecah semalam bakal dituju sebelum melanjutkan penurunan ke sasaran berikutnya pada 1.24000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat